|
Kenapa saya perlu bayar yuran tahunan?
Secara umumnya, semua persatuan yang wujud di Malaysia mempunyai ahli dan untuk menggerakkan sesebuah persatuan, dana amat diperlukan. Ini tidak terkecuali bagi persatuan bekas pelajar SMAKJ (Alumni SMAKJ). Yuran alumni SMAKJ amat penting bagi menggerakkan segala aktiviti alumni.
Bagi mereka yang tidak mahu melibatkan diri dalam aktiviti persatuan, sebagai bekas pelajar anda juga sepatutnya mendaftarkan diri dan membayar yuran tahunan. Anggaplah ia sebagai amal jariah anda. Ini adalah tanda sokongan anda terhadap alumni sekolah dan juga aktiviti yang dijalankan. Sumbangan ini adalah amat bermakna dan amat bernilai bagi warga alumni secara keseluruhannya. Insya-Allah, anda tidak akan jatuh muflis sekiranya anda menyumbang sesuatu untuk kebaikan. Malah mungkin dengan izin Allah rezeki anda akan bertambah disebabkan keberkatan anda menyumbang.
Dimanakah yuran saya disalurkan?
Bagi menjalankan aktiviti persatuan serta bayaran hosting web smakj.net, yuran dikenakan adalah sebanyak RM20 sahaja setahun sekali. Sebanyak RM2 untuk tabung domain dan webhosting dan RM18 untuk tabung aktiviti.
Tahukah anda? Yuran tahunan sebanyak RM20 merupakan bayaran terendah setakat ini di Malaysia bagi yuran tahunan alumni sekolah. Cth: KISAS RM50 setahun, sains muar RM30 setahun dll).
Sila bayar sebelum bulan APRIL setiap tahun.
Setelah tiada bantahan, ini bermakna anda semua setuju dengan kadar yuran ini dan sanggup membayarnya dengan rela hati.
Bayaran boleh dibuat melalui akaun sementara mulai 29 Mei 2006.
Nama Bank: Maybank Berhad
Nama: NORA BINTI MAHAT
No.Akaun: 101217565342
E-mail: sifunora@yahoo.com
Boleh Bank In atau transfer melalui maybank2u di alamat URL http://www.maybank2u.com.my/
Sila sms atau hubungi nombor 019-7181075 (Nora Mahat) setelah bayaran dibuat dan simpan slip atau transaksi pembayaran dengan baik sebagai bahan bukti.
|